Sunday, March 22, 2009

Minggu Paling Menyesakkan.

Alhamdulillah, selesai jugak minggu paling menyesakkan dalam hidup aku.

Minggu lepas adalah minggu paling menyesakkan bagi diriku dan paling memeningkan kepala. Ini kerana dalam minggu lepas aku menghadapi 2 test dan perlu menyediakan diri untuk Public Speaking.

Oh ya, mungkin ada rakan-rakan yang tidak mengetahui yang aku sekarang ini dalam proses mendapatkan Ijazah Pertama dan pada masa ini aku berada di semester kedua di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam program PJJ. Aku mengikuti program di dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian). Alhamdulilah setakat ini, semuanya berjalan dalam keadaan baik dan lancar.

Berbalik kepada topik yang ingin aku coretkan tadi, minggu lepas memang membebankan minda. Aku perlu menghadapi 2 test iaitu, bagi subjek Keusahawanan IT dan juga Teori Sains Komputer. Kedua-dua subjek ini memang memeningkan kepala ditambah pula aku sering ponteng kelas untuk subjek ini akibat masalah-masalah peribadi. Jadi, faham-fahamlah betapa sukarnya untuk aku menyediakan diri bagi menghadapai 2 test tersebut.

Selain 2 test tersebut, aku perlu menyiapkan diri untuk Public Speaking (salah satu tugasan di dalam subjek Keusahawanan IT). Ya Allah, yang makin menyesakkan, ianya perlu berucap di dalam bahasa Inggeris. Tapi alhamdulillah, berjaya juga aku harungi segala rintangan tersebut, dan aku berharap akan mendapat markah yang setimpal dengan apa yang telah aku usahakan.

Aminn.

1 comment: