Wednesday, September 2, 2009

Kemerdekaan : Apa Yang Kita Cari?


Sebelum berbuka hari ini, saya sempat melayani sebuah segmen realiti TV selama satu jam di siaran ASTRO PRIMA. Hosnya juga yang menjadi MC untuk program realiti TV Akademi Fantasia. Dalam segmen tersebut ada diselitkan satu slot yang menunjukkan 2 orang pemuda yang ingin menyambut Hari Kemerdekaan sambil memegang Jalur Gemilang sambil terkinja-kinja. Pada saya, segmen merepek ini seperti membodohkan penonton. Saya meneruskan menonton kerana ingin melihat nilai moral yang akan disampaikan. Akhirnya, jawapannya tiada. 2 pemuda tadi berjumpa seorang Pak Cik tua yang kononnya ingin bercerita berkaitan zaman penaklukan penjajah tetapi hanya menceritakan lawak bodoh yang tidak masuk akal. Akhirnya, 2 pemuda yang berpakaian ala barat itu, meneruskan perjalanan untuk pergi melihat konsert di Dataran Merdeka.

Ulasan penulis :

Mungkin ada melihat itu perkara biasa. Tapi bagi saya ia melahirkan perasaan terkilan. Mengapa? Kerana segmen selingan itu sendiri membuktikan dengan jelas bahawa makna merdeka kepada generasi muda. Anak muda yang menanti konsert sempena kemerdekaan? Bangga dengan hanya memegang jalur gemilang?. Inikah yang mereka cari?

Perkara yang menyedihkan lagi apabila 2 kumpulan kumpulan barat Black Eyed Peas mendapat lesen daripada pemerintah Malaysia untuk mengadakan konsert sempena 250 tahun kewujudan arak Guinness di Sunway Lagoon. Sebuah lagi kumpulan yang mencemar bulan ramadhan iaitu Micheal Learns To Rock (MLTR) yang akan diadakan pada 5 September bersamaan 15 Ramadhan. Inikah pengisian sempena ramadhan?

Salah satu cadangan bagi pengisian kemerdekaan adalah menanam iman Allah dan Rasul kepada rakyat Malaysia. Jika unjuran ini disediakan, insyallah makna kemerdekaan itu akan lahir lebih-lebih lagi sempena Ramadhan. Ini dibuktikan kejayaan Rasulullah yang berjaya menanamkan jiwa yang kental dalam Peperangan Tabuk.

Menurut Ibn Hajar dalam kitabnya Fath al-Bari, peperangan Tabuk yanng jauhnya sekitar 774 km dari Madinah dan juga berlaku pada musim panas ( sekitar 50 darjah selsius ) menjadikannya contoh yang relevan untuk pengisian kemerdekaan di Madinah.

Diringkas kisah, dalam kitab Mawarid al-Zam'an ila al-Zawaid Ibn Hibban halaman 145 mengisahkan para sahabat yang didik ini sentiasa kental dengan berjalan kaki di bawah panas terik semata-mata kerana Allah dan rasulNya. Akhirnya, Allah membalas usaha mereka dengan tunai iaitu musuh Rom lari daripada peperangan.

Analogi kemerdekaan

Sedikit analogi menarik yang boleh dikongsi bersama tentang pengisian kemerdekaan.

Seorang yang merdeka adalah ibarat berjaya melepaskan diri daripada kurungan musuh, tetapi kurungan itu berapa di tengah-tengah hutan belantara. Tanpa ilmu sewajarnya, hidup di luar atau di dalam kurungan adalah sama. Bayangkan, bagaimana keadaan tawanan yangg berjaya meloloskan diri dari kurungan tapi tiada sebarang ilmu tentang binatang, hidupan di hutan, tidak tahu menangkap ikan dan sebagainya.

Bagaimana mungkin pengisian dan kenikmatan kebebasannya dapat dirasai tanpa ilmu asas di hutan. Bukan sahaja nikmatnya tidak dapat dikecapi dengan sempurna, malah terdedah pula dengan bahaya.

Demikian ummat Islam hari ini, merdekanya kita di zaman ini diibaratkan sebagai bebas tatapi masih berada di hutan belantara. Tanpa ilmu selok belok hutan, tidak mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk, seseorang pasti akan menjadi mangsa binatang buas. Binatang buas itu adalah dunia dan segala nikmatnya adalah sementara.

Kesilapan berkaitan Ramadhan

Tiga isu yang ingin dilontarkan ialah tentang kefahaman sesetengah masyarakat kita berkaitan ramadhan.

Isu pertama :

Wujud segolongan manusia yang mengaggap tiba bulan ramadhan adalam bulan "puasa" semata. Mereka hanya berlapar dan dahaga, sedangkan banyak perkara wajib ditinggalkan. Mereka berpuasa tetapi tidak bersolat fardhu. Perkara ini amat menyedihkan bagi mereka yang menganggap Ramadhan cukup sudah dengan berpuasa. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang tambahan di Bazar Ramadhan. Perniagaan itu tidak salah tetapi berniaga sehingga tidak solat fardhu itu yang bermasalah.

Isu kedua :

Wujud golongan yang menganggap bahawa Ramadhan hanyalah bulan untuk berpuasa dari lapar dan dahaga dan juga hawa nafsu. Namun hakikatnya, disebalik ramadhan ialah bulan mencari makna pada diri bersama al-Qur'an. Inilah yang ditekankan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam tazkirahnya bersempena dengan Ramadhan. Oleh yang demikian, dampingilah al-Qur'an senantiasa. Koreksilah maknanya. Moga menjadi amalan selepas daripada Ramadhan.

Isu Ketiga :
Bulan ramadhan melahirkan muslim yang produktif dan kental. Bukanlah semakin berpuasa semakin lemah dan malas. Itu adalah nafsu manusia yang dilayan menjadikan insan seperti itu. Lihatlah buktinya 4 peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan bukti kehebatan muslim menempuh bulan yang mulia :

  • Tanggal 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah, hari Jum’at pagi, terjadi peperangan Badr al-Kubra. Sebuah perang besar terbuka yang pertama kalinya terjadi antara kaum Muslimin melawan kaum musyrik. Pertempuran terjadi di sebuah lembah di dekat kota Madinah, yaitu di Badr. Kekuatan kaum Muslimin waktu itu, sekitar 300 orang, setiap dua orang satu unta. Sedangkan kekuatan kaum kafir sekitar 1000 orang dengan perincian 700 orang naik unta dan lebih dari 100 orang adalah pasukan berkuda. Berarti satu orang Muslim harus menghadapi 3 lawan. Pertempuran dimenangkan oleh kaum Muslimin dengan gilang-gemilang.
  • Tanggal 18 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah Rasulullah bersama 12 000 kaum Muslimin bertolak dari Madinah menuju Makkah untuk membebaskan Makkah. Peristiwa bebasnya kota Makkah terkenal dengan sebutan Futuh Makkah. Pembukaan kota Makkah menandai sebuah era baru di dalam Islam, setelah sebelumnya kaum Muslimin selalu disiksa, ditindas, bahkan terakhir dikepung oleh pasukan Ahzab (sekutu) selama berminggu-minggu di Madinah. Era baru yang dibangkitkan oleh Rasulullah dengan perang Ahzab dengan sabdanya,“Kaum Quraisy tidak akan berani mendatangi (menyerang) kamu sesudah tahun ini, telah lenyap musnah kekuatan mereka, dan mereka tidak akan memerangi kita sesudah hari ini, dan sekarang giliran kita akan memerangi mereka, Insya Allah.“
  • Bulan Ramadhan tahun ke-91 Hijrah, kaum Muslimin di bawah pimpinan panglima Thariq bin Ziad membuka Andalusia(Spanyol). Peristiwa ini dikenal dengan sebutan Futuh Andalusia. Thariq bin Ziyad menyeberangi selat antara Afrika dan Eropah atas perintah Musa bin Nushair penguasa Islam kala itu. Ketika pasukan Islam sudah sampai di seberang, diperintahkannya agar kapal-kapal perang Islam dibakar. Kemudian ia berpidato didepan pasukannya :„Musuh di depan kalian. Apabila kalian mundur, maka lautan dibelakang kalian..“ Agaknya langkah yang beliau ambil dalam membangkitkan semangat kaum muslimin sangat tepat. Tidak ada lagi jalan untuk mundur. Yang ada hanyalah berjuang sekuat tenaga dan mengharap pertolongan Allah. Berturut-turut kota demi kota jatuh ke tangan kaum Muslimin. Akhirnya pada bulan Ramadhan jatuhlah Andalusia ke tangan kaum Muslimin. Sejarah mencatat bahwa di kemudian hari Andalusia menjadi pusat ilmu pengetahuan dan menjadi mercu peradaban manusia di zamannya. Kemajuan teknologi yang diperoleh orang-orang Eropah zaman sekarang hanyalah merupakan perpanjangan teknologi umat Islam masa silam.
  • Ma’rakah ‘Ainu Jaaluut (perang ‘ainu jaaluut). Peperangan ini terjadi dengan latar belakang jatuhnya Daulah Abbasiyyah. Kala itu pasukan Tartar (Mongol) yang ganas mengirim ekspedisi ke arah barat. Ketika sampai di daerah kekhalifahan Abbasiyyah terjadilah pengacauan-pengacauan sampai akhirnya mereka bergerak menuju Baghdad. Baghdad yang kala itu merupakan pusat intelek berhasil mereka hancurkan. Khalifah beserta segenap keluarganya mereka bunuh. Buku-buku perpustakaan di Baghdad mereka tenggelamkan di Sungai Tigris untuk membuat jembatan penyeberangan. Dalam sejarah digambarkan betapa air sungai Tigris kala itu berwarna kehitam-hitaman karena terlalu banyaknya tinta yang larut. Demikianlah akhir dari sebuah peradaban modern Islam di Baghdad. Pasukan Mongol terus bergerak ke barat menuju Syams (sekarang meliputi Syria, Palestina, Yordania, Libanon). Umat Islam tidaklah tinggal diam membiarkan orang-orang kafir merobek-robek kemuliaan umat. Penguasa Mesir kala itu Sa ifuddin Quths menggerakkan pasukan Islam menuju Syams untuk menghalang orang-orang Mongol. Seorang tokoh penting yang sangat berpengaruh membentuk kepribadian Quths adalah seorang ulama yang bernama Al-’Izz bin ‘abdis Salaam. Beliaulah yang mentarbiyyah (membina) Saifuddin Quths menjadi seorang berkepribadian islami. Dua buah pasukan besar tersebut akhirnya bertemu di sebuah tempat yang bernama ‘Ainul Jaaluut (letaknya di Palestina). Sejarah akhirnya mencatat bahwa di‘ainul Jaaluut-lah akhirnya ekspansi pasukan Tartar dipatahkan oleh kaum Muslimin.

Mengapa Kenderaan Anda Perlu Dilindungi Takaful/Insuran?

Bayangkan pada suatu hari anda terlibat dalam satu nahas jalanraya yang dahsyat dan ngeri, serpihan kaca dan komponen kenderaan bertaburan di atas jalan, manakala tumpahan darah merah membasahi jalan tersebut. Dalam kemalangan ini, anda didapati mengalami kecederaan patah tulang femur dan patah tulang radius and ulna, manakala kenderaan anda pula remuk dan mengalami kerosakan teruk, berkemungkinan boleh ditaksirkan sebagai total loss. Siasatan pegawai penyiasat trafik pula mendapati kemalangan ini berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan pihak ketiga.

Secara ringkasnya akibat tragedi ini anda telah menjadi orang kurang upaya sementara, penganggur terhormat kerana tidak dapat menjalankan pekerjaan anda seperti biasa akibat masalah kesihatan yang anda dialami selepas kemalangan tersebut. Manakala itu, kenderaan anda terbiar sepi dan tersadai di luar premis membaiki kenderaan tanpa apa-apa tindakan untuk melindungi kepentingan dan kerugian anda dalam kemalangan ini kerana sebenarnya kenderaan anda tidak dilindungi oleh polisi insuran komprehensif melainkan oleh polisi insuran pihak ketiga semata-mata, sedangkan syarikat kewangan telah mengeluarkan notis penarikan kerana anda gagal melunaskan ansuran kenderaan sekian lamanya.

Anda telah menemui dan berjumpa sekian ramai peguam untuk memulakan prosiding bagi mendapatkan remedi sivil bagi tujuan menuntut gantirugi dan pampasan daripada pemilik dan pemandu kenderaan pihak ketiga tersebut. Tetapi sekian ramai peguam tersebut tidak terdaya dan menolak kes ini, bukan kerana mereka tidak mahir dan tidak pakar, tetapi semata-mata kerana kenderaan pihak ketiga tersebut pada masa kejadian tidak dilindungi insuran, manakala itu kenderaan anda pula hanya dilindungi dengan insuran pihak ketiga sahaja.

Akhirnya setelah bersusah payah, anda berjaya membawa prosiding ini terhadap pihak ketiga dan satu penghakiman telah didapatkan. Tetapi di akhir episod ini, anda tetap menjadi mangsa dalam semua keadaan kerana anda bukan sahaja cedera, hilang upaya, hilang kerja, hilang kereta, hilang duit, tetapi juga terpaksa menanggung kos guaman yang tinggi, sedangkan penghakiman yang didapatkan itu tidak memberi sebarang kesan dan memberi makna untuk membantu dan melindungi semua kerugian, kehilangan dan perbelanjaan yang telah dialami kerana ia tidak dapat dikuatkuasa ke atas pihak ketiga disebabkan dia juga adalah individu yang lemah dan terhad dari segi kemampuan kewangan.

Kesimpulan dari kisah di atas, saya amat bersetuju dan berterima kasih dengan dasar dan tindakan kerajaan yang memansuhkan pembelian premium insuran pihak ketiga, sebaliknya menetapkan setiap kenderaan bermotor perlu memiliki polisi insuran komprehensif bila berhasrat memperbaharui cukai jalan bagi kenderaan motor pada tahun ini.
Kerajaan sepatutnya telah lama menjalankan dasar dan tindakan ini untuk melindungi kepentingan awam memandangkan statistik kemalangan jalan sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Bagaimanapun hukuman ke atas pesalah yang memandu kenderaan yang tiada perlindungan insuran perlu ditambah, memandangkan banyak kerugian, penderitaan dan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh orang ramai yang telah menjadi mangsa kemalangan yang melibatkan kenderaan tiada perlindungan insuran tersebut.