Sunday, March 22, 2009

Minggu Paling Menyesakkan.

Alhamdulillah, selesai jugak minggu paling menyesakkan dalam hidup aku.

Minggu lepas adalah minggu paling menyesakkan bagi diriku dan paling memeningkan kepala. Ini kerana dalam minggu lepas aku menghadapi 2 test dan perlu menyediakan diri untuk Public Speaking.

Oh ya, mungkin ada rakan-rakan yang tidak mengetahui yang aku sekarang ini dalam proses mendapatkan Ijazah Pertama dan pada masa ini aku berada di semester kedua di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam program PJJ. Aku mengikuti program di dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian). Alhamdulilah setakat ini, semuanya berjalan dalam keadaan baik dan lancar.

Berbalik kepada topik yang ingin aku coretkan tadi, minggu lepas memang membebankan minda. Aku perlu menghadapi 2 test iaitu, bagi subjek Keusahawanan IT dan juga Teori Sains Komputer. Kedua-dua subjek ini memang memeningkan kepala ditambah pula aku sering ponteng kelas untuk subjek ini akibat masalah-masalah peribadi. Jadi, faham-fahamlah betapa sukarnya untuk aku menyediakan diri bagi menghadapai 2 test tersebut.

Selain 2 test tersebut, aku perlu menyiapkan diri untuk Public Speaking (salah satu tugasan di dalam subjek Keusahawanan IT). Ya Allah, yang makin menyesakkan, ianya perlu berucap di dalam bahasa Inggeris. Tapi alhamdulillah, berjaya juga aku harungi segala rintangan tersebut, dan aku berharap akan mendapat markah yang setimpal dengan apa yang telah aku usahakan.

Aminn.

Friday, March 13, 2009

Pertukaran 'Team' di UPS

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.

Bermula pada 16/3/2009, Secara rasminya yang aku akan bertukar 'team' di UPS (Unit Pembangunan Sistem) di mana aku akan ditempatkan ke dalam team 'Portal'. Sebelum ini aku berada di dalam team 'Support Application' .

Secara peribadi, pada mulanya aku tidak gembira mendengar berita pertukaran tersebut kerana aku telah berada selesa di dalam 'team' lama. Aku telah begitu selesa bekerja dibawah en. azahar dan dia adalah mentor yang banyak membantuku di dalam pembangunan sesebuah sistem yang aku bangunkan selama ini.

Selain faktor keselesaan, faktor bahasa pengaturcaraan JSP juga adalah penyebab kenapa aku tidak gembira dipindahkan. Aku kurang mahir di dalam bahasa ini dimana di dalam 'team' lama aku banyak menggunakan OracleForm di dalam membangunkan sesebuah sistem. Tapi setelah mendapat nasihat dari rakan iaitu kita mesti selalu mencabar kedudukan selesa kita jika kita ingin ada perubahan di dalam kemajuan diri kita. Jadi aku mengambil peluang ini untuk mencabar diriku sendiri bagi meningkatkan lagi keupayaan dan kemahiranku. Semoga aku akan dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan dapat menguasai JSP dengan baik.

Salam.

Salam Permulaan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua rakan-rakan yang dihormati semua. Alhamdulillah Allah swt telah menggerakkan hati ini untuk membina blog ini bagi saya berkongsi cetusan pemikiran dan juga kisah hidup ini untuk tatapan rakan-rakan sekalian.

Terus terang saya katakan yang saya tidak mahir langsung di dalam bidang penulisan ini, tetapi saya gagahi juga untuk mencubanya. Insyaalah di lain masa saya akan memulakan penulisan terhadap cetusan idea terhadap tindak balas persekiran kini dan juga kisah-kisah hidup ini untuk tatapan anda semua. Doakan saya agar terus istiqamah di dalam penulisan ini.

Wassalam.