Tuesday, December 21, 2010

Perjuangan Hidup

Hidup ini adalah sebuah perjuangan. Tidak lain tidak bukan hanyalah semata2 perjuangan. Maka kita ini, dibangkitkan olehNya adalah sebagai khalifah. Dan sebagai khalifah, adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk berjuang. Apakah layak seseorang yang hanya menghabiskan masa di dalam istana menikmati hasil cukai dipanggil sebagai khalifah? Tentu sekali tidak.

Perjuangan khalifah atau pemimpin adalah untuk pimpinannya. Memperjuangkan nasib mereka. Mempastikan kesejahteraan mereka. Seperti mana kita sebagai khalifah bumi, memperjuangkan nasib bumi dan terus2an mesti memastikan bumi ini sejahtera. Sayang sekali, kita lebih acap memporak-perandakan bumi dari mensejahterakannya. Maka sesungguhnya kita telah khianat kepada amanah Allah.

Terdapat berbagai jenis perjuangan. Ada yang menganggap perjuangan adalah dengan mengangkat senjata untuk memerangi orang kafir. Ada juga yang menganggap perjuangan adalah meletupkan diri di pusat2 membeli belah atau mana2 tempat tumpuan warga2 kafir. Penulis tidak mahu mempersoalkan adakah itu perjuangan yang haq atau batil. Bagi penulis itu semua adalah perjuangan.

Kerana perjuangan adalah memperjuangkan atau menegakkan apa yang kita rasakan, kita percaya dan kita yakin benar. Seorang pejuang Islam berjuang menegakkan Islam kerana yakin Islam adalah semata2 agama yang diiktiraf Allah. Begitu juga pejuang bangsa. Mereka adalah manusia yang yakin bangsa mereka berhak mendapat apa yang mereka perjuangan. Dan lagi sekali, bukan itu isu penulis di sini.

Apa yang ingin penulis kisahkan adalah perjuangan kita sebagai manusia. Perjuangan sebagai hambaNya dan perjuangan sebagai mukmin yang muslim. Sama ada sedar atau tidak, setiap masa kita hidup dalam sebuah perjuangan. Bangkit dari tidur juga merupakan suatu perjuangan. Manakan tidak, bukannya semudah ABC untuk menghadap sejuk pagi bersuci semata-mata kerana hendak sujud kepadaNya.

Kemudian ketika makan, berjuang makan sekadar yang mencukupi. Di tempat kerja, berjuang untuk kerja dan jujur dan di mana2 sahaja. Ada sahaja perjuangan yang kita lakukan. Dalam perjuangan tersebut, kita akan berdiri sebagai tentera manakala musuh kita adalah nafsu kita sendiri. Sesuatu yang wujud dalam diri kita. Sesungguhnya inilah sebuah perjuangan yang begitu rumit sekali.

Allah telah menciptakan nafsu sekali dengan manusia. Nafsu jugalah sebenarnya yang mengangkat darjat manusia lebih tinggi dari para malaikat. Di malam israk mikraj, Jibrail tidak mampu terus mengikuti Nabi saw bertemu Allah hanya semata2 kerana dia diciptakan tanpa nafsu. Akan tetapi, nafsu juga adalah yang menjerumuskan ke lembah jahim. Dengan sokongan syaitan yang direjam, nafsu bukanlah mudah untuk ditundukkan.

Diriwayatkan, selepas Allah menciptakan nafsu, maka Allah telah memanggilnya. Dalam pertemuan itu, nafsu telah menafikan sifat ketuhanan Allah walaupun disiksakan dengan berbagai siksaan yang keras. Hanya setelah disiksakan dengan kelaparan, barulah nafsu mengalah. Maka itu dikatakan cara terbaik mengekang nafsu adalah dengan berpuasa. Kerana kelaparan mampu meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.

Teringat penulis kepada seorang teman penulis. Menurut teman penulis yang lain, teman penulis ini secara terang-terangan telah mengaku bahawa dia adalah seorang ‘gay’. Astaghfirullah… Terkedu penulis mendengarkannya. Patutlah belum kahwin-kahwin lagi. Akan tetapi, seketika kemudian rasa kagum mula menebal dalam hati penulis. Rupanya teman saya ini sedang bermujahadah dengan menentang nafsu songsangnya itu.

Dia sentiasa mendekatkan diri kepada Allah bagi mengelak nafsunya bergelora. Setiap malam dia bangkit mengerjakan solat tahajjud. Setiap hari membaca al-Quran hingga akhirnya menjadi seorang hafiz dan bermacam2 lagi. SubhanAllah. Begitu hebatnya dia menghadapi dugaan Allah. Bukan sahaja dia beroleh kemenangan menewaskan nafsunya, bahkan dia menggunakan ia untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Sedang diri kita lebih ‘akrab’ dengan nafsu kita. Lihatlah bagaimana kita berbangga mengumpul harta dunia hingga terlupa istana kita di syurga masih kontang dari hiasan yang sepatutnya. Akan tetapi, dalam masa yang sama kita mengutuk kaum gay ini dengan mengatakan mereka hanya mengikut nafsu. Apakah kita berbeza dari mereka? Bahkan kita adalah segolongan dari mereka.

Kita lupa tujuan asal kita ‘dikirimkan’ ke bumi. Bukan lupa tetapi buat-buat lupa. Kita asyik memenuhi permintaan nafsu kita sedang Allah telah menyatakan di dalam al-Quran bahawa tidak Dia menciptakan manusia melainkan semata-mata untuk beribadah kepadaNya. Kita sibuk mengejar dunia seolah-seolah kita akan hidup seribu tahun lagi sambil menafikan kemungkinan kita mungkin mati pada esok hari. Astaghfirullah…

Penulis tidak mengatakan tentang orang lain sebaliknya tentang diri penulis sendiri. Tentang kesemua kita. Tentang sesiapa sahaja yang bersikap sedemikian. Kita lupakan hakikat perjuangan kita. Kita bukan setakat melakukan ‘gencatan senjata’ dengan nafsu bahkan kita dengan redha membiarkan nafsu memimpin kita. Apakah jawapan yang akan kita berikan kepadaNya nanti ketika dibangkaitkan pada hari kebangkitan nanti?

Di dalam surah ar-Rahman, terdapat banyak ayat yang bermaksud “Dan nikmat aku yang manakah kamu dustakan?”. Memang benar sangatlah ayat ini. Allah telah memberikan kita berbagai2 nikmat termasuklah bijian emas dalam perut bumi. Sayangnya, kerana bijian emas ini kita nafikan haq Allah untuk disembah dan dimuliakan. Beginikah cara kita bersyukur? Inilah yang dikatakan menafikan nikmat Allah…

Astaghfirullahal Azim… Begitu jauh kita tersasar dari matlamat pengutusan kita. Begitu jauh kita terkeluar dari garisan perjuangan kita. Alangkah malunya kita apabila berhadapan dengan Nabi saw di sana nanti… Nabi saw dihina, dikeji, dicederakan semata2 kerana hendak menyampaikan utusan buat kita. Agar kita keluar dari kegelapan, agar kita tidak songsang dalam perjuang tetapi kita dengan rela memadamkan api perjuangan tersebut.

Semoga Allah memberikan keampunanNya buat kesekalian kita. Semoga Allah menjadikan kita orang2 yang menang dalam perjuangan menentang nafsu kita. Hidup ini sebuah perjuang. Dan ia akan berterusn begitu, insyaAllah. Sama ada kita mahu capai kemenangan walaupun syahid atau kita sanggup lari dari medan pertempuran dan kekal menjadi hamba yang hina. Buatlah pilihan sendiri.

Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk adalah akibat kejahilan penulis sendiri.

Wednesday, September 2, 2009

Kemerdekaan : Apa Yang Kita Cari?


Sebelum berbuka hari ini, saya sempat melayani sebuah segmen realiti TV selama satu jam di siaran ASTRO PRIMA. Hosnya juga yang menjadi MC untuk program realiti TV Akademi Fantasia. Dalam segmen tersebut ada diselitkan satu slot yang menunjukkan 2 orang pemuda yang ingin menyambut Hari Kemerdekaan sambil memegang Jalur Gemilang sambil terkinja-kinja. Pada saya, segmen merepek ini seperti membodohkan penonton. Saya meneruskan menonton kerana ingin melihat nilai moral yang akan disampaikan. Akhirnya, jawapannya tiada. 2 pemuda tadi berjumpa seorang Pak Cik tua yang kononnya ingin bercerita berkaitan zaman penaklukan penjajah tetapi hanya menceritakan lawak bodoh yang tidak masuk akal. Akhirnya, 2 pemuda yang berpakaian ala barat itu, meneruskan perjalanan untuk pergi melihat konsert di Dataran Merdeka.

Ulasan penulis :

Mungkin ada melihat itu perkara biasa. Tapi bagi saya ia melahirkan perasaan terkilan. Mengapa? Kerana segmen selingan itu sendiri membuktikan dengan jelas bahawa makna merdeka kepada generasi muda. Anak muda yang menanti konsert sempena kemerdekaan? Bangga dengan hanya memegang jalur gemilang?. Inikah yang mereka cari?

Perkara yang menyedihkan lagi apabila 2 kumpulan kumpulan barat Black Eyed Peas mendapat lesen daripada pemerintah Malaysia untuk mengadakan konsert sempena 250 tahun kewujudan arak Guinness di Sunway Lagoon. Sebuah lagi kumpulan yang mencemar bulan ramadhan iaitu Micheal Learns To Rock (MLTR) yang akan diadakan pada 5 September bersamaan 15 Ramadhan. Inikah pengisian sempena ramadhan?

Salah satu cadangan bagi pengisian kemerdekaan adalah menanam iman Allah dan Rasul kepada rakyat Malaysia. Jika unjuran ini disediakan, insyallah makna kemerdekaan itu akan lahir lebih-lebih lagi sempena Ramadhan. Ini dibuktikan kejayaan Rasulullah yang berjaya menanamkan jiwa yang kental dalam Peperangan Tabuk.

Menurut Ibn Hajar dalam kitabnya Fath al-Bari, peperangan Tabuk yanng jauhnya sekitar 774 km dari Madinah dan juga berlaku pada musim panas ( sekitar 50 darjah selsius ) menjadikannya contoh yang relevan untuk pengisian kemerdekaan di Madinah.

Diringkas kisah, dalam kitab Mawarid al-Zam'an ila al-Zawaid Ibn Hibban halaman 145 mengisahkan para sahabat yang didik ini sentiasa kental dengan berjalan kaki di bawah panas terik semata-mata kerana Allah dan rasulNya. Akhirnya, Allah membalas usaha mereka dengan tunai iaitu musuh Rom lari daripada peperangan.

Analogi kemerdekaan

Sedikit analogi menarik yang boleh dikongsi bersama tentang pengisian kemerdekaan.

Seorang yang merdeka adalah ibarat berjaya melepaskan diri daripada kurungan musuh, tetapi kurungan itu berapa di tengah-tengah hutan belantara. Tanpa ilmu sewajarnya, hidup di luar atau di dalam kurungan adalah sama. Bayangkan, bagaimana keadaan tawanan yangg berjaya meloloskan diri dari kurungan tapi tiada sebarang ilmu tentang binatang, hidupan di hutan, tidak tahu menangkap ikan dan sebagainya.

Bagaimana mungkin pengisian dan kenikmatan kebebasannya dapat dirasai tanpa ilmu asas di hutan. Bukan sahaja nikmatnya tidak dapat dikecapi dengan sempurna, malah terdedah pula dengan bahaya.

Demikian ummat Islam hari ini, merdekanya kita di zaman ini diibaratkan sebagai bebas tatapi masih berada di hutan belantara. Tanpa ilmu selok belok hutan, tidak mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk, seseorang pasti akan menjadi mangsa binatang buas. Binatang buas itu adalah dunia dan segala nikmatnya adalah sementara.

Kesilapan berkaitan Ramadhan

Tiga isu yang ingin dilontarkan ialah tentang kefahaman sesetengah masyarakat kita berkaitan ramadhan.

Isu pertama :

Wujud segolongan manusia yang mengaggap tiba bulan ramadhan adalam bulan "puasa" semata. Mereka hanya berlapar dan dahaga, sedangkan banyak perkara wajib ditinggalkan. Mereka berpuasa tetapi tidak bersolat fardhu. Perkara ini amat menyedihkan bagi mereka yang menganggap Ramadhan cukup sudah dengan berpuasa. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang tambahan di Bazar Ramadhan. Perniagaan itu tidak salah tetapi berniaga sehingga tidak solat fardhu itu yang bermasalah.

Isu kedua :

Wujud golongan yang menganggap bahawa Ramadhan hanyalah bulan untuk berpuasa dari lapar dan dahaga dan juga hawa nafsu. Namun hakikatnya, disebalik ramadhan ialah bulan mencari makna pada diri bersama al-Qur'an. Inilah yang ditekankan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam tazkirahnya bersempena dengan Ramadhan. Oleh yang demikian, dampingilah al-Qur'an senantiasa. Koreksilah maknanya. Moga menjadi amalan selepas daripada Ramadhan.

Isu Ketiga :
Bulan ramadhan melahirkan muslim yang produktif dan kental. Bukanlah semakin berpuasa semakin lemah dan malas. Itu adalah nafsu manusia yang dilayan menjadikan insan seperti itu. Lihatlah buktinya 4 peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan bukti kehebatan muslim menempuh bulan yang mulia :

  • Tanggal 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah, hari Jum’at pagi, terjadi peperangan Badr al-Kubra. Sebuah perang besar terbuka yang pertama kalinya terjadi antara kaum Muslimin melawan kaum musyrik. Pertempuran terjadi di sebuah lembah di dekat kota Madinah, yaitu di Badr. Kekuatan kaum Muslimin waktu itu, sekitar 300 orang, setiap dua orang satu unta. Sedangkan kekuatan kaum kafir sekitar 1000 orang dengan perincian 700 orang naik unta dan lebih dari 100 orang adalah pasukan berkuda. Berarti satu orang Muslim harus menghadapi 3 lawan. Pertempuran dimenangkan oleh kaum Muslimin dengan gilang-gemilang.
  • Tanggal 18 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah Rasulullah bersama 12 000 kaum Muslimin bertolak dari Madinah menuju Makkah untuk membebaskan Makkah. Peristiwa bebasnya kota Makkah terkenal dengan sebutan Futuh Makkah. Pembukaan kota Makkah menandai sebuah era baru di dalam Islam, setelah sebelumnya kaum Muslimin selalu disiksa, ditindas, bahkan terakhir dikepung oleh pasukan Ahzab (sekutu) selama berminggu-minggu di Madinah. Era baru yang dibangkitkan oleh Rasulullah dengan perang Ahzab dengan sabdanya,“Kaum Quraisy tidak akan berani mendatangi (menyerang) kamu sesudah tahun ini, telah lenyap musnah kekuatan mereka, dan mereka tidak akan memerangi kita sesudah hari ini, dan sekarang giliran kita akan memerangi mereka, Insya Allah.“
  • Bulan Ramadhan tahun ke-91 Hijrah, kaum Muslimin di bawah pimpinan panglima Thariq bin Ziad membuka Andalusia(Spanyol). Peristiwa ini dikenal dengan sebutan Futuh Andalusia. Thariq bin Ziyad menyeberangi selat antara Afrika dan Eropah atas perintah Musa bin Nushair penguasa Islam kala itu. Ketika pasukan Islam sudah sampai di seberang, diperintahkannya agar kapal-kapal perang Islam dibakar. Kemudian ia berpidato didepan pasukannya :„Musuh di depan kalian. Apabila kalian mundur, maka lautan dibelakang kalian..“ Agaknya langkah yang beliau ambil dalam membangkitkan semangat kaum muslimin sangat tepat. Tidak ada lagi jalan untuk mundur. Yang ada hanyalah berjuang sekuat tenaga dan mengharap pertolongan Allah. Berturut-turut kota demi kota jatuh ke tangan kaum Muslimin. Akhirnya pada bulan Ramadhan jatuhlah Andalusia ke tangan kaum Muslimin. Sejarah mencatat bahwa di kemudian hari Andalusia menjadi pusat ilmu pengetahuan dan menjadi mercu peradaban manusia di zamannya. Kemajuan teknologi yang diperoleh orang-orang Eropah zaman sekarang hanyalah merupakan perpanjangan teknologi umat Islam masa silam.
  • Ma’rakah ‘Ainu Jaaluut (perang ‘ainu jaaluut). Peperangan ini terjadi dengan latar belakang jatuhnya Daulah Abbasiyyah. Kala itu pasukan Tartar (Mongol) yang ganas mengirim ekspedisi ke arah barat. Ketika sampai di daerah kekhalifahan Abbasiyyah terjadilah pengacauan-pengacauan sampai akhirnya mereka bergerak menuju Baghdad. Baghdad yang kala itu merupakan pusat intelek berhasil mereka hancurkan. Khalifah beserta segenap keluarganya mereka bunuh. Buku-buku perpustakaan di Baghdad mereka tenggelamkan di Sungai Tigris untuk membuat jembatan penyeberangan. Dalam sejarah digambarkan betapa air sungai Tigris kala itu berwarna kehitam-hitaman karena terlalu banyaknya tinta yang larut. Demikianlah akhir dari sebuah peradaban modern Islam di Baghdad. Pasukan Mongol terus bergerak ke barat menuju Syams (sekarang meliputi Syria, Palestina, Yordania, Libanon). Umat Islam tidaklah tinggal diam membiarkan orang-orang kafir merobek-robek kemuliaan umat. Penguasa Mesir kala itu Sa ifuddin Quths menggerakkan pasukan Islam menuju Syams untuk menghalang orang-orang Mongol. Seorang tokoh penting yang sangat berpengaruh membentuk kepribadian Quths adalah seorang ulama yang bernama Al-’Izz bin ‘abdis Salaam. Beliaulah yang mentarbiyyah (membina) Saifuddin Quths menjadi seorang berkepribadian islami. Dua buah pasukan besar tersebut akhirnya bertemu di sebuah tempat yang bernama ‘Ainul Jaaluut (letaknya di Palestina). Sejarah akhirnya mencatat bahwa di‘ainul Jaaluut-lah akhirnya ekspansi pasukan Tartar dipatahkan oleh kaum Muslimin.

Mengapa Kenderaan Anda Perlu Dilindungi Takaful/Insuran?

Bayangkan pada suatu hari anda terlibat dalam satu nahas jalanraya yang dahsyat dan ngeri, serpihan kaca dan komponen kenderaan bertaburan di atas jalan, manakala tumpahan darah merah membasahi jalan tersebut. Dalam kemalangan ini, anda didapati mengalami kecederaan patah tulang femur dan patah tulang radius and ulna, manakala kenderaan anda pula remuk dan mengalami kerosakan teruk, berkemungkinan boleh ditaksirkan sebagai total loss. Siasatan pegawai penyiasat trafik pula mendapati kemalangan ini berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan pihak ketiga.

Secara ringkasnya akibat tragedi ini anda telah menjadi orang kurang upaya sementara, penganggur terhormat kerana tidak dapat menjalankan pekerjaan anda seperti biasa akibat masalah kesihatan yang anda dialami selepas kemalangan tersebut. Manakala itu, kenderaan anda terbiar sepi dan tersadai di luar premis membaiki kenderaan tanpa apa-apa tindakan untuk melindungi kepentingan dan kerugian anda dalam kemalangan ini kerana sebenarnya kenderaan anda tidak dilindungi oleh polisi insuran komprehensif melainkan oleh polisi insuran pihak ketiga semata-mata, sedangkan syarikat kewangan telah mengeluarkan notis penarikan kerana anda gagal melunaskan ansuran kenderaan sekian lamanya.

Anda telah menemui dan berjumpa sekian ramai peguam untuk memulakan prosiding bagi mendapatkan remedi sivil bagi tujuan menuntut gantirugi dan pampasan daripada pemilik dan pemandu kenderaan pihak ketiga tersebut. Tetapi sekian ramai peguam tersebut tidak terdaya dan menolak kes ini, bukan kerana mereka tidak mahir dan tidak pakar, tetapi semata-mata kerana kenderaan pihak ketiga tersebut pada masa kejadian tidak dilindungi insuran, manakala itu kenderaan anda pula hanya dilindungi dengan insuran pihak ketiga sahaja.

Akhirnya setelah bersusah payah, anda berjaya membawa prosiding ini terhadap pihak ketiga dan satu penghakiman telah didapatkan. Tetapi di akhir episod ini, anda tetap menjadi mangsa dalam semua keadaan kerana anda bukan sahaja cedera, hilang upaya, hilang kerja, hilang kereta, hilang duit, tetapi juga terpaksa menanggung kos guaman yang tinggi, sedangkan penghakiman yang didapatkan itu tidak memberi sebarang kesan dan memberi makna untuk membantu dan melindungi semua kerugian, kehilangan dan perbelanjaan yang telah dialami kerana ia tidak dapat dikuatkuasa ke atas pihak ketiga disebabkan dia juga adalah individu yang lemah dan terhad dari segi kemampuan kewangan.

Kesimpulan dari kisah di atas, saya amat bersetuju dan berterima kasih dengan dasar dan tindakan kerajaan yang memansuhkan pembelian premium insuran pihak ketiga, sebaliknya menetapkan setiap kenderaan bermotor perlu memiliki polisi insuran komprehensif bila berhasrat memperbaharui cukai jalan bagi kenderaan motor pada tahun ini.
Kerajaan sepatutnya telah lama menjalankan dasar dan tindakan ini untuk melindungi kepentingan awam memandangkan statistik kemalangan jalan sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Bagaimanapun hukuman ke atas pesalah yang memandu kenderaan yang tiada perlindungan insuran perlu ditambah, memandangkan banyak kerugian, penderitaan dan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh orang ramai yang telah menjadi mangsa kemalangan yang melibatkan kenderaan tiada perlindungan insuran tersebut.

Sunday, March 22, 2009

Minggu Paling Menyesakkan.

Alhamdulillah, selesai jugak minggu paling menyesakkan dalam hidup aku.

Minggu lepas adalah minggu paling menyesakkan bagi diriku dan paling memeningkan kepala. Ini kerana dalam minggu lepas aku menghadapi 2 test dan perlu menyediakan diri untuk Public Speaking.

Oh ya, mungkin ada rakan-rakan yang tidak mengetahui yang aku sekarang ini dalam proses mendapatkan Ijazah Pertama dan pada masa ini aku berada di semester kedua di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam program PJJ. Aku mengikuti program di dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian). Alhamdulilah setakat ini, semuanya berjalan dalam keadaan baik dan lancar.

Berbalik kepada topik yang ingin aku coretkan tadi, minggu lepas memang membebankan minda. Aku perlu menghadapi 2 test iaitu, bagi subjek Keusahawanan IT dan juga Teori Sains Komputer. Kedua-dua subjek ini memang memeningkan kepala ditambah pula aku sering ponteng kelas untuk subjek ini akibat masalah-masalah peribadi. Jadi, faham-fahamlah betapa sukarnya untuk aku menyediakan diri bagi menghadapai 2 test tersebut.

Selain 2 test tersebut, aku perlu menyiapkan diri untuk Public Speaking (salah satu tugasan di dalam subjek Keusahawanan IT). Ya Allah, yang makin menyesakkan, ianya perlu berucap di dalam bahasa Inggeris. Tapi alhamdulillah, berjaya juga aku harungi segala rintangan tersebut, dan aku berharap akan mendapat markah yang setimpal dengan apa yang telah aku usahakan.

Aminn.